Hari ini, saya baru ada kesempatan untuk menulis pasal kereta saya ni (Perodua Bezza 2018),
Kenapa kali ini? Ya, aircond saya tiba-tiba tidak mengeluarkan angin sejuk (panas) semasa saya berkerja malam.
Macam mana boleh terjadi hal ini? Dia bermula sewaktu saya tengah menghantar barang customer waktu malam dan tiba-tiba ada bunyi sesuatu dari dalam enjin, bunyi seperti belting bergeser dan ianya agak kedengaran juga dari dalam cabin.
Selepas sahaja bunyi itu berlanjutan selama 5 minit, aircond saya terus menjadi panas dan dalam kereta masa itu ada wife dan anak saya juga tapi kami tidak peduli dengan bunyi itu dan teruskan berkerja dengan membuka tingkap kereta.
Selang 2-3 minggu saya tiada aircond, saya cuba datang ke kedai untuk memeriksa apa masalah dan ternyata conpressor aircond tidak sudah berfungsi dan masalahnya terletak pada magnetic clutch 👇
Selepas itu, mekanik menyarankan saya agar menukar dan membuat service keseluruhan conpressor tersebut kerana keadaan compressor sepatutnya perlu diservice.
Proses pembaikan berjalan lancar dan harga yang diberikan agak mahal tapi tidak apalah asal sudah dibaiki dengan baik dan total kos mencapai RM900
Jagalah kereta kamu walaupun semurah apa pun kereta kerana dia akan menolong keluarga kamu sampai bila-bila jika dijaga dengan baik ♥️