hai sahabat steemian semua,selamat malam ya!semoga dalam lindungaj Allah semua
Erti sebuah perkahwinan :
Bukan sekadar memujuk bila berkehendak.
Terlerai nafsu, pakai baju dan naik motor ke kedai berbual dengan kawan kawan.
Ada isteri isteri yang tak tahu kepada siapa hendak bercerita, tentang wang saku yang hampir habis, tentang sakit yang belum ada peluang bertemu doktor.
Dia bukan setiap hari nak minta emas permata,cuma ingin menumpang bahu melepaskan resah yang ada.
Dia bukan ingin sangat marah kita, tapi adakala tidurnya tak cukup, lenguh badannya sudah terlalu lama.
Belajarlah mengerti, isteri bukanlah sempurna, ada masa dia mahu menangis, mahu ketawa.
Tapi jika tiada siapa disisinya, terus menerus terpaksa memendam rasa.
Dia isteri kita, dia juga jiwa kita..
Biarlah seketika dia bersandar di bahu kita. Dialah permata yang kita ada.
photography