Kepada kawan² semua di Steemit. Untuk memberitahu kamu, bahawa di Steemit bukan skim cepat kaya. Bukannya kau buat satu artikel pendek, sekeping gambar macam instagram sudahkan kamu dapat ganjaran yang tinggi. 1sen 2sen mungkin boleh, tapi hendak mendapati sehingga 1$ ke atas, memang susah sikit. Malah, ada yang bersusah payah menulis karangan panjang, tetapi belum sempat lagi dilihat oleh kurator sudah post blog demikian ditenggelamkan akibat post blog baru sudah orang melepaskan ke atas blockchain, post blog lama akan di tekan bawah akibat post baru akan diletakkan di atas.
Bagaimana:
Di sini, ada seorang Steemian yang sungguh setia, dan dia berjanji untuk membaca post blog kamu setiap hari satu kali, dan bagi upvote sekali. Upvote dia tidak terjanji berapa, tapi dari 12sen hingga $1.56. Nama dia Qurator. Jadi, kalau kamu hendak mendapati upvote dari Qurator, pastikan kamu akaun kamu sudah melebihi 14 hari dan mengarang lebih dari 10 post blog.
Harga:
Sekiranya akaun kamu terlepas 14 hari dan ada sudah mengarang lebih dari 10 post blog, kamu perlu membuat bayaran 2Steem/Steem Dollar(SBD) kepada akaun Qurator, dengan nama kamu di dalam kolum memo. Untuk mereka yang baru mengambil bahagian di dalam post blog Steemit, itu memanglah harga yang mahal. Tapi cuba bayangkan, ini adalah pelaburan sepanjang hayat. Katakanlah, jikalau setiap hari kamu buat 1 post blog, Qurator hanya datang buat upvote yang bernilai 12sen sahaja. Hari ke-17, 2SBD semua sudah diuntung balik. Apa yang susah? Lepas 17 hari, apa yang diupvoti oleh Qurator itu semua keuntungan bersih kamu. Jikalau applikasi menjadi ahli Qurator telah ditolak, bayaran penuh akan di pulangkan.
Kebaikan:
Untuk ahli² yang mengambil bahagian di Qurator, kamu boleh mendapat peluang untuk mengambil bahagian untuk pertandingan mereka. Ada kemungkinan artikel kamu akan diresteem oleh mereka, oleh itu post blog kamu mendapati "siaran semula" untuk pengikut(follower) Qurator. Untuk ahli yang ada buat 3 kali upvote untuk post blog Qurator setiap minggu, ahli tersebut akan dapat upvote yang lagi bernilai. Untuk ahli yang ada buat 7 kali upvote untuk post blog Qurator setiap minggu, upvote yang bernilai lagi tinggi akan diberikan. Tidak perlu fikir, upvote sahaja, saya buat semua 7 kali satu minggu untuk mengenalpastikan status keahlian saya selalu digolongan upvote bernilai tinggi. Ada lagi yang lagi tinggi, tapi saya tidak akan cerita disini. Untuk maklumat selanjutnya, sila melayari halaman Qurator seperti di bawah

Akhirnya, semoga berjaya. Sebelum saya membuat penutupan, inilah kejadian semalam, Qurator sudah datang baca dan upvote. Tengok ni, semalam sudah kena upvote.
Sekiranya kamu suka artikel ini, sila upvote, resteem dan follow saya. Terima kasih.