Kenderaan sudah menjadi satu keperluan untuk semua. Tanpa kenderaan perjalanan ke satu destinasi akan menjadi lewat sampai dan menyebabkan produktivi kerja semakin lembap. Kenderaan bukan sahaja pengangkutan malahan untuk pengangkutan bagi penghantaran dan pengagihan barang keperluan kita seharian. Sebagai contoh barang makanan seperti beras dan barang asas seharian dan bahan mentah seperti ikan, sayur, buah-buahan dan bermacam makanan ruji seharian. Semua barang ini perlu diangkut menggunakan kenderaan berat seperti lori untuk diagihkan dipelosok negeri, bandar dan daerah. Manakala yang sangat penting secara individual adalah kenderaan untuk sampai ditempat kerja tepat pada masanya dengan segak dan selamat.
Malangnya kenderaan dicipta bukan untuk bertahan selama-lamanya. Inilah hukum termodinamik disebabkan suhu dan tenaga yang telah dipindahkan menyebabkan kelesuan pada enjin dan akhirnya kenderaan pun akan kehilangan daya dan diakhiri dengan kerosakkan.
Disini salah satu punca kerosakkan pada kenderaan enjin adalah tidak menukar minyak enjin. Selalunya penukaran minyak enjin mengikut mileage kenderaan. Untuk pengetahuan bagi pemandu yang baharu, pertukaran minyak enjin adalah satu keperluan yang harus ditukarkan tepat pada milage yang ditentukan. Jika tidak ditukar kenderaan akan menjadi;
- Kenderaan akan terus berhenti disebabkan terkumpulnya kekotoran habuk di dalam enjin. Walaupun ada penapis akan tetapi bila minyak enjin sudah menjadi hitam disebabkan bercampur habuk dan menyebabkan minyak menjadi pekat. Kepekatan pada minyak menyebabkan tiada lagi kelicinan dan sumbat.
- Enjin kenderaan berbunyi dengan kuat. Ini disebabkan tiada lagi pelincir dan keadaan menyebabkan piston yang tergesel menjadi panas dan rintangannya adalah apabila logam menjadi panas menyebabkan pengembangan logam dan akhirnya ruang tercalar dan menjadi besar.
- Apabila bahan adatif minyak enjin sudah mencapai takat tepu dan hilang keupayaan untuk melindungi dari kepanasan dan tercalar. Enjin akan kehilangan daya lajakan dan menyebabkan pembakaran tidak sempurna dan minyak petrol cepat habis digunakan.
Penukaran minyak enjin mengikut kadar mileage dan cuma Ada dua kategori sahaja iaitu ;
- Mileage untuk sampai 5000 km (Sampai takat 5000 km tukar)
- Mileage Untuk sampai 10,000km (Sampai takat 10,000 km tukar)
Minyak enjin juga mempunyai bermacam-macam brand di pasaran contoh; Castrol GTX, REV,MAC 5,HELIX,MOTUL, HELIX HX5 dan sebagainya.



